18 Mei 2024
Larian Bersama Bomba 2024
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir Melaka
Sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024, pihak Pengurusan Iscada Net Sdn. Bhd menyertai Program Larian Bomba 2024 yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Dan Kebajikan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri (JBPM) Melaka.
Program dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Melaka, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YBhg Tuan Nga Kor Ming.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh.
Pihak Pengurusan juga berpeluang berjumpa dengan Dato Sri Abdul Wahab Bin Hj Mat Yasin, Tuan Ashari Bin Johari (Pengarah JBPM Putrajaya) dan Tuan Rozihan Anwar (Timbalan Pengarah JBPM Kuala Lumpur).