Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran Pulau Pinang 2024
11.06.2024 (Selasa)
Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran Pulau Pinang 2024
Pada 11.06.2024 (Selasa), iS.net telah menyertai Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran Pulau Pinang 2024 yang diadakan di Penang International Convention Center @ Butterworth Arena (PICCA) sebagai pempamer. Booth kami menerima sambutan yang meriah daripada para peserta. Kami berpeluang untuk menyelesaikan isu-isu pelanggan serta mempromosikan produk terbaru kami iaitu SPKA Advanced dan Intelligent Chiller Efficiency Energy System (ICEE) powered by Mimos Berhad
Pihak Iscada juga diberi penghormatan untuk menyampaikan pembentangan kepada iS.net stakeholders iaitu :
1) YB PUAN LIM SIEW KHIM
Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang
2) YAS DATO Ir. Ts. AHMAD IZRAM BIN OSMAN
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
3) PPjB Ts. ZULFAHMI BIN SUTAJI
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang
Pembentangan tersebut melibatkan penerangan perkembangan inovasi dan kelebihan produk terbaru kami yang mampu meningkatkan keselamatan kebakaran di premis pelanggan.